View Article |
Hubungan Antara Kesesuaian Tugas Dan Kejayaan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia Hrmis Di Kementerian Kewangan, Putrajaya
Azra Ayue Abdul Rahman1, Siti Nur Saadah Anuar2, Mohammed Ayyub Hassan3.
Penggunaan sistem maklumat berasaskan komputer bertujuan membantu meningkatkan prestasi sesebuah organisasi dapat dilihat dalam hampir kesemua aktiviti pengurusan dan pentadbiran. Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS) adalah sistem yang digunakan untuk memperoleh, menyimpan, memanipulasi, menganalisis, mengambil dan mengedarkan maklumat penting berkaitan aktiviti sumber manusia dalam organisasi. Sistem HRMIS merupakan salah satu contoh kepada sistem HRIS. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesesuaian tugas, tahap kejayaan sistem HRMIS dan hubungan antara kedua pemboleh ubah ini. Kajian ini telah menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data.Seramai 52 orang responden terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kesesuaian tugas dan tahap kejayaan sistem HRMIS adalah tinggi. Hubungan antara kedua- dua pemboleh ubah ini adalah positif dan signifikan. Kesimpulannya, sistem HRIS Â yang baik mampu menjadi pemangkin kepada kejayaan organisasi.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia (Malaysia), Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (Malaysia), Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (Malaysia), Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 86 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|