View Article |
Pengetahuan Konseptual Algebra Guru Matematik: Satu Kajian Literatur
Nor Adibah Abdullah1.
Pengetahuan konseptual merupakan salah satu pengetahuan matematik yang perlu dikuasai oleh guru matematik selain dari pengetahuan faktual, prosedural dan metakognitif. Guru lebih cenderung untuk mengabaikan pengetahuan konseptual dan sebaliknya mementingkan pengetahuan prosedural tanpa memahami konsep-konsep yang mempengaruhi pemilihan strategi dan model matematik dalam konteks penyelesaian masalah. Satu kajian literatur dijalankan untuk membincangkan dapatan-dapatan kajian lepas yang mengenal pasti tahap pengetahuan konseptual guru matematik sekolah menengah dalam topik algebra. Pengetahuan konseptual guru dapat diuji berdasarkan kepada kefahaman dan cara guru menaakul penyelesaian masalah berkaitan dengan topik algebra. Sebanyak 68 artikel kajian lepas yang dirujuk telah dipilih berdasarkan kepada tujuan kajian tersebut dalam mengkaji tahap pengetahuan konseptual guru matematik dan juga pelaksanaan kajian dalam beberapa topik dalam matematik sama ada secara kuantitatif dan juga kualitatif dari dalam negara dan luar negara. Banyak kajian mengenai pengetahuan konseptual guru telah dijalankan dalam beberapa topik matematik namun masih
kurang kajian yang mengkaji tahap pengetahuan konseptual guru dalam topik algebra. Sebilangan besar hasil dapatan kajian lepas menunjukkan tahap pengetahuan konseptual guru berada pada tahap rendah dalam beberapa topik matematik menjadikan perlunya kajian seumpamanya dalam topik algebra pula. Kajian tersebut boleh dilanjutkan kepada kajian yang dijalankan dengan penambah baikan dari segi sampel kajian, reka bentuk atau kaedah kajian, instrumen kajian dan lain-lain faktor lagi.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600 Bangi, Selangor, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 84 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|