View Article |
Analisis penghujahan al-Raniri dalam Kitab Fathul Mubin ala al-Mulhidin terhadap golongan Wujudiah
Mohamad Nasrin Mohamad Nasir1.
Artikel ini1 menganalisis secara kritis penghujahan yang diberikan oleh al-Raniri dalam kitab Fathul Mubin ala al-Mulhidin. Kitab Fathul Mubin ialah sebuah kitab yang telah dinukilkan oleh al-Raniri setelah beliau kembali ke Ranir, Gujerat. Dalam konteks ini, al-Raniri telah menulis kitab ini setelah beliau tewas di tangan Syeikh Saiful Rijal di hadapan Sultanah Safiatuddin Shah yang merupakan Sultanah Acheh yang pertama selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani. Al-Raniri mengkritik pandangan wujudiah mulhidah berdasarkan pembacaannya terhadap beberapa buah kitab tulisan Syeikh Hamzah Fansuri dan Syeikh Shamsuddin Sumatrani. Kitab Fathul Mubin merupakan kitab yang sering dilupakan apabila membicarakan percanggahan tasawuf al-Raniri, dan yang sebelum daripadanya. Kebanyakan pengkaji melihat kitab al-Raniri yang lain dalam perdebatan ini. Pengkajian manuskrip Melayu pada hari ini telah menyedarkan sarjana akan kewujudan kitab ini dan sebagai hasilnya dapat dilihat pandangan al-Raniri tentang perdebatan tersebut yang lebih terperinci daripada kitabnya Jawahir al-Ulum fi Kasfhul Ma’lum. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa ahli akademik perlu melihat kepada fakta yang sebenar melalui kaca mata yang baharu seperti yang ditemui dalam kitab Fathul Mubin. Oleh itu, memahaminya secara objektif adalah amat perlu agar persepsi yang terhasil berasaskan fakta dan penghujahan yang jelas.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 89 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|