View Article |
Komik Selendang Siti Rugayah: Suatu bacaan hermeneutik kerohanian
Julina Ismail @ Kamal1, Md. Salleh Yaapar2.
Rejabhad, dikenali sebagai Raja Kartun Malaysia. Keistimewaan karyanya memberi peluang kepada pengkaji menganalisis dari sudut reka bentuk lukisan (visual) dan penceritaan (tekstual). Kajian para ilmuwan lepas banyak membincangkan komik Melayu pada lapisan luaran sahaja. Komik Melayu, terutamanya karya Rejabhad, wajar diteliti dengan lebih mendalam untuk mencungkil maksudnya pada lapisan luar dan dalam. Hal ini penting bagi memahami maksud karya sepenuhnya dan memahami jati diri pengarangnya. Kajian ini tertumpu pada karya komik terpilih Rejabhad, iaitu Selendang Siti Rugayah (1997). Metodologi yang digunakan dalam kajian ini bersifat kualitatif yang melibatkan kaedah tafsir atau analisis literal aspek visual dan tekstual untuk mendapatkan maksud luaran karya berkenaan. Seterusnya, bacaan hermeneutik kerohanian, atau kaedah takwil digunakan untuk memperoleh maksud dalaman atau kerohanian karya komik Selendang Siti Rugayah. Hasil kajian ini membolehkan khalayak mendapat kefahaman tentang maksud dalaman karya dan jati diri atau keperibadian pengarang dalam pengkaryaan komiknya. Kajian berdasarkan bacaan hermeneutik kerohanian ini merupakan satu penjelajahan baharu yang mengubah pandangan tentang kearifan dan kreativiti seorang seniman komik Melayu, khususnya Rejabhad, yang dahulunya dihayati dan difahami hanya berasaskan bacaan luaran semata-mata.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|