View Article |
Perenungan diri dari sisi pendekatan seni dalam 77 Tuju: Siri Ingatan kepada Kawan karya Zaen Kasturi
Qurratul ‘Ain Abdul Rahim1, Mawar Safei2.
Artikel ini meneliti kumpulan puisi 77 Tuju: Siri Ingatan kepada Kawan (2015) oleh Zaen Kasturi. Perbincangan ini merungkai kecenderungan Zaen Kasturi yang menganjurkan perihal perenungan diri dengan mengajukan pertanyaan dan persoalan tentang persahabatan. Sisi introspeksi atau muhasabah diri Zaen Kasturi diteliti menerusi sudut pandang teori Pengkaedahan Melayu, diasaskan oleh Hashim Awang. Di bawah Pengkaedahan Melayu, terdapat turut dibahaskan tentang Pendekatan Seni. Ia bertepatan untuk meneliti kekuatan seni Zaen Kasturi yang jelas terlihat melalui aspek diksi dan gaya bahasa metafora dalam karyanya. Pemilihan kata-kata yang cermat oleh Zaen Kasturi dalam menukangi puisi menimbulkan kesan estetika dan “warna bahasa” begitu jelas menandakan identiti Zaen Kasturi sebagai penyair mapan. Mutu gaya bahasa metafora Zaen Kasturi yang tinggi malah kepintarannya mencipta pengucapan kalimat baharu serta kiasan asli dan segar menjadi tarikan unik dalam mengetengahkan soal introspeksi. Diksi dan metafora tidak sekadar perhiasan bahasa Zaen Kasturi tetapi bertujuan mengukuhkan rantai hubungan antara kosa kata dan sirat maksud yang ingin disampaikan. Kumpulan puisi ini tidak mengecualikan kepentingan seni dalam berbahagi makna, khasnya isi yang bernilai introspektif
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 83 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|