View Article |
Jejak intelektual dan pemikiran akidah Muhammad Uthman El-Muhammady
Sairan, M.A.A1.
Muhammad Uthman El-Muhammady merupakan nama besar dalam tokoh pemikiran Islam Malaysia. Beliau terkenal dengan gelaran intelektual Islam kontemporari. Penulisan ini membincangkan pemikiran akidah beliau yang melibatkan wacana arus perdana iaitu aliran Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Dengan mengupas perbincangan berkaitan bingkai pemikiran arus perdana, ad-din dan Ruhaniyah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah dianggap memadai bagi mewakili
pemikiran akidah beliau. Hasil kajian mendapati beliau adalah pejuang tegar aliran arus perdana dalam kalangan ilmuwan Nusantara. Beliau merungkai penyelesaian dengan cara yang bijaksana menerusi ajaran al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Pencerahan sahih dan jelas dapat menghindarkan seseorang Muslim dari terpengaruh dengan pemikiran agama dan falsafah moden. Hasilnya, keperibadian dan keintelektualan dalam pemikiran akidah yang di tonjolkan beliau adalah bersifat tradisional dan menolak akan konsep akhlak dan akidah pascamodenisme.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 78 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|