View Article |
Nilai Pendidikan dalam Bahan Pengajaran Multimedia Kartun Animasi Upin dan Ipin untuk Murid Sekolah Rendah
Mazarul Hasan Mohamad Hanapi1, Norazimah Zakaria2, Norazilawati Abdullah3.
: Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur pendidikan ataupun nilai yang
terdapat dalam bahan multimedia kartun animasi Upin dan Ipin. Ia dilihat mampu memberi
nilai yang baik dan mampu memberi kesan yang besar dalam pendidikan murid sekolah
rendah. Pendekatan pengajaran berasaskan multimedia mampu memindahkan sesuatu
maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran yang menarik. Di
sini animasi memainkan peranan penting bagi menceriakan lagi persembahan sesebuah
informasi. Perkara ini penting untuk memastikan murid dapat menumpukan perhatian dan
tidak merasa jemu ketika proses pengajaran dan pembelajaran serta mendapat ilmu yang
berterusan. Makalah ini akan memanfaatkan teori Konstruktivisme. Menurut Post &
Weingartner (1969) konstruktivisme ialah satu pengetahuan baru tentang ilmu pengetahuan
dan cara bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan. Pandangan baru ini menganggap
pelajar bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina
pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pembelajaran secara
konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau
konsep berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Nilai pendidikan yang
difokuskan dalam bahan multimedia kartun animasi Upin dan Ipin adalah nilai murni dan ia dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia
dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. (1988) mentakrifkan nilainilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa
yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Justeru, pendidikan yang kaya dengan nilai-nilai
murni khususnya dalam bahan pengajaran terpilih perlu dititikberatkan agar dapat membina
modal insan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 74 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|