View Article |
Analisis Semiotik Watak dalam Filem "Terbaik dari Langit"
M Fazmi Hisham1, Zairul Anuar Md Dawam2, Imelda Ann Achin3.
Kajian ini menganalisis sistem tanda dan penanda yang membawa makna dalam
aspek watak dan perwatakan dalam filem. Filem Terbaik Dari Langit yang diterbitkan pada
tahun 2014 digunakan sebagai bahan kajian. Dalam konteks penelitian ini, filem merupakan
sebuah teks yang penuh makna dan multi tafsir yang tersusun dari penanda dan petanda. Ini
sesuai dengan gagasan ahli teori semiotik Roland Barthes yang mengembangkan sistem tanda
Pierce kepada yang lebih luas iaitu dua tahap signifikasi penanda dan petanda kepada detonasi,
konotasi dan mitos. Detonasi adalah apa yang kita lihat melalui gambar/visual/imej. Konotasi
pula apa yang kita dapat fikirkan tentang maknanya. Oleh itu pengkaji merumuskan masalah
sebagai berikut: bagaimana konstruksi makna dalam filem pilihan dihubungkan dengan analisis
watak dan semiotik. Pemilihan adegan-adegan pada watak tertentu dalam filem akan diteliti
bagi tujuan mendapatkan sistem tanda yang cuba diketengahkan. Kajian ini mendapati
sesebuah filem yang memaparkan naratif hubungan sosial budaya tidak hanya semata-mata
sebuah gambar bergerak tetapi banyak melibatkan mesej tertentu yang cuba disampaikan
menerusi sistem tanda dan makna. Sistem tanda dan makna ini tidak mudah di perolehi dengan
hanya menonton sebuah naratif dan teknik sinematografi semata-mata tetapi perlu
berhubungan dengan sosial dan realiti kehidupan manusia. Filem adalah wacana dari realiti
masyarakat dan berbeza dari renungan dari realiti di mana filem membentuk dan menghadirkan
kembali realiti berdasarkan kod, konvensyen, dan ideologi dari kebudayaan (Sobur, 2009: 128).
Karya filem dibangunkan dengan sistem tanda semata-mata yang merupakan simbol-simbol
daripada verbal mahu pun non-verbal yang memiliki makna sama ada makna denotatif, mahu
pun makna konotatif.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 100 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|