View Article |
Pusat Manuskrip Madrasah Al-Ahmadiah Alislamiah Di Narathiwat Thailand: Kajian Bibliometrik Terhadap 70 Manuskrip Quran
Syed Najihuddin Syed Hassan1, Abdulloh Salaeh2, Nidzamuddin Zakaria3, Norhasnira Ibrahim4, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi5.
Manuskrip merupakan bukti kewujudan tamadun masyarakat yang berilmu. Mereka
menyebarluaskan ilmu pengetahuan melalui penulisan dan uniknya setiap penulisan tersebut
dapat digunakan sehingga kini. Pelbagai aspek boleh dipelajari daripada sesebuah manuskrip
yang meliputi aspek kodikologi, filologi, kajian teks dan sebagainya. Kajian ini berfokus
kepada Madrasah al-Ahmadiah al-Islamiah yang terletak di Narathiwat, Thailand, sebuah
madrasah yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pemuliharan manuskrip. Justeru,
kajian ini dijalankan berpandukan dua objektif utama: 1) mengkaji dengan lebih terperinci latar
belakang Madrasah al-Ahmadiah al-Islamiah yang merupakan sebuah pusat manuskrip; dan 2)
mengenalpasti bentuk koleksi manuskrip dan bidang ilmu yang terdapat di pusat manuskrip
ini. Artikel ini turut membincangkan berkenaan proses pengumpulan manuskrip. Bagi
memenuhi proses pengumpulan data, kaedah temubual dikendalikan serta analisis dokumen
berkaitan telah dilaksanakan. Dapatan kajian ini berfokus kepada hanya 70 naskhah manuskrip Quran pelbagai saiz yang telah dipulihara. Dalam pada itu, koleksi manuskrip selain Quran
boleh dibahagikan kepada 15 bidang ilmu. Selain itu, terdapat 2 bentuk koleksi bahan di pusat
ini iaitu buku dan artifak. Kajian ini diharap dapat memberi pendedahan berkenaan
pemuliharaan khazanah manuskrip Nusantara di samping memartabatkan institusi yang
terlibat.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 76 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|