View Article |
Tahap Persetujuan Pelajar Tingkatan Dua Terhadap Penggunaan Koswer Penceritaan Digital Bagi Matapelajaran Sejarah
Noor Fatasya Idla Abdullah1, Maizatul Hayati Mohamad Yatim2.
Penceritaan (Storytelling) merupakan pengalaman manusia yang sangat berharga
dan unik dari aspek emosional dalam menjayakan sesuatu penyampaian atau penceritaan
yang dibangunkan. Penggunaan media dalam proses pendidikan mampu melonjakkan tahap
penumpuan dan pemahaman serta mewujudkan kepelbagaian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Kajian ini berlandaskan kepada masalah penggunaan penceritaan digital
sebagai bahan bantu mengajar dalam matapelajaran Sejarah yang sangat rendah berbanding
dengan penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lain. Oleh hal demikian, kajian
ini bertujuan untuk membangunkan koswer (perisian kursus) penceritaan digital sebagai
bahan bantu mengajar dalam mempelajari matapelajaran Sejarah. Koswer penceritaan digital
bersandarkan Model ADDIE digunakan sebagai bahan intervensi bagi mengkaji teknik
penceritaan digital terhadap tahap penumpuan dan pemahaman pelajar berdasarkan memori
jangka masa panjang dan pendek. Model reka bentuk melibatkan lima fasa pembangunan
yang merangkumi fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian
berasaskan elemen penceritaan digital. Pemilihan sampel kajian untuk kajian rintis
berdasarkan persampelan rawak mudah yang terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan dua
yang mengambil matapelajaran Sejarah di kawasan pinggir bandar di Daerah Kinta Utara,
Perak. Pemilihan sampel rawak mudah dibuat berdasarkan pencapaian dan prestasi pelajar
yang melibatkan kumpulan rawatan 1 dan juga kumpulan rawatan 2. Kajian ini menggunakan
reka bentuk bertumpu selari yang menggabungkan data kuantitatif dan kualitatif. Instrumen
yang digunakan adalah borang soal selidik dan set ujian bertulis sebelum dan selepas intervensi koswer penceritaan digital. Manakala, kaedah tinjauan akan digunakan untuk
mendapatkan maklumat dengan mengadakan sesi temubual berstruktur. Kajian ini
menggunakan empat pembolehubah iaitu motivasi, rekabentuk antaramuka, membantu
mempelajari sejarah serta keselesaan dan kesenangan kepenggunaan. Dapatan kajian rintis
untuk pembolehubah motivasi, rekabentuk antaramuka serta keselesaan dan kesenangan
kepenggunaan berada pada tahap lemah namun pembolehubah bagi aspek membantu
mempelajari sejarah melepasi tahap kebolehpercayaan yang baik. Tuntasnya, terdapat
perkaitan positif antara tahap persetujuan pelajar tingkatan dua terhadap penggunaan koswer
penceritaan digital bagi matapelajaran sejarah.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 77 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|