View Article |
Bahan Kartun Dalam Karangan Bahasa Melayu
Norul Haida Hj. Redzuan1, Normarini Norzan2, Nur Nadzirah Amir3.
Penyelidikan ini tentang keberkesanan penggunaan bahan kartun dalam penulisan
karangan bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jambu. Objektif
pertama dalam penyelidikan ini ialah mengenal pasti keberkesanan penggunaan bahan kartun
dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Objektif yang kedua pula ialah menganalisis
keberkesanan penggunaan bahan kartun dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Dalam
penyelidikan ini, seramai 20 orang pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai responden.
Penyelidikan ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melibatkan borang soal selidik, ujian
pra dan ujian pasca. Penganalisisan data soal selidik, ujian pra dan ujian pasca menggunakan
perisian Statistical Packages For Social Science ( SPSS) versi 23.0. Penyelidikan ini
memfokuskan kepada keberkesanan penggunaan bahan kartun dalam penulisan karangan
bahasa Melayu yang bersandarkan kepada teori Pembelajaran Gagne (1972) dan teori
Konstruktivisme (1993). Melalui dapatan penyelidikan ini, dapat disimpulkan bahawa
keberkesanan penulisan karangan bahasa Melayu meningkat selepas menggunakan bahan
kartun. Kesimpulannya, penggunaan bahan kartun berupaya memantapkan proses pengajaran
dan pembelajaran terutamanya dalam penulisan karangan.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 97 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|