View Article |
Sumbangan Gerakan Islah Terhadap Perkembangan Nasionalisme dan Pendidikan Islam di Tanah Melayu
Hafiz Zakariya1.
Kemunculan gerakan Islah di Tanah Melayu pada awal abad dua puluh mencabar
status quo dan institusi-institusi keagamaan dan pemerintahan yang sedia ada. Justeru itu
sebahagian umat Islam mencurigai kehadiran reformis dalam masyarakat. Ini ekoran
pegangan mereka yang kontroversi terutamanya dalam isu fiqh yang tidak berpegang kepada
mazhab Shafi’i yang diikuti oleh majoriti umat Islam bukan sahaja di Tanah Melayu bahkan
di Nusantara seluruhnya. Dalam arus kontroversi sebegitu, sumbangan mereka mungkin tidak
mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Justeru itu, makalah ini membincangkan
sebahagian daripada peranan dan sumbangan gerakan Islah terhadap masyarakat di Tanah
Melayu. Terdapat penulis yang menyatakan golongan Islah gagal dalam dalam misi mereka di
Tanah Melayu, kajian ini meneliti semula sumbangan gerakan Islah di Tanah Melayu
terutamanya dengan mengambil kira sumbangan jangka panjang terhadap perkembangan
masyarakat di Tanah Melayu.
Affiliation:
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 100 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|