View Article |
Imejan Zoomorphic dalam Lukisan Gua Prasejarah, Gua Kain Hitam (Painted Cave) Niah, Sarawak
Junior Kimwah1, Ismail Ibrahim2, Baharudin Mohd Arus3.
Artikel ini membahaskan imej-imej zoomorphic atau imej haiwan yang telah
dihasilkan pada dinding gua prasejarah. Gua Kain Hitam (Painted Cave) yang
terletak di dalam kompleks Gua Niah merupakan sebuah gua yang dipercayai
pernah dihuni oleh masyarakat zaman Neolitik. Di dalam gua ini telah dijumpai
pelbagai artifak termasuklah keranda berbentuk perahu, perhiasan yang
diperbuat daripada kerang, tulang dan seramik. Di dalam gua ini juga terdapat
sebuah lukisan gua yang dihasilkan pada dinding menggunakan bahan hematit
yang dicampur dengan bahan campuran tumbuhan. Fokus utama artikel ini
adalah untuk merekodkan semua imej-imej haiwan yang terdapat di dalam
dinding gua tersebut. Penyelidikan ini juga berusaha untuk
mendokumentasikan imej secara digital. Penyelidik menghasilkan imej semula
menggunakan perisian digital Adobe Photoshop. Hasil penyelidikan ini dapat
mengumpulkan sebuah koleksi imej yang lebih tersusun dan terperinci.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 100 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|