View Article |
Sumber-Sumber Bahan di Arkib Negara Malaysia Mengenai Pentadbiran British di Tanah Melayu Antara Tahun 1786- 1957
Zaidin Mohd Noor1, Khairi Ariffin2.
Kertas kerja ini akan memberi fokus kepada sumber-sumber bahan pada zaman
pentadbiran British di Tanah Melayu yang disimpan di Arkib Negara
Malaysia(ANM) merangkumi tahun-tahun 1786 hingga 1957. Bahan pada
zaman pentadbiran British merupakan kumpulan rekod yang terbesar, agak
lengkap dan amat popular dalam kalangan penyelidik khusus yang
menjalankan kajian berkenaan dengan keadaan sosial, ekonomi dan politik di
Tanah Melayu pada abad 18 hingga 20. Pada zaman ini juga terdapat pelbagai
peristiwa besar yang berlaku telah merubah sejarah negara samada sebelum
dan selepas negara mencapai kemerdekaan. Sepanjang tempoh pentadbiran
British di Tanah Melayu terdapat sebanyak 958 kumpulan rekod yang
mengandungi sebanyak 714,634 buah fail dan 3,652,691 helai lampiran yang
terdapat dalam simpanan ANM. Bagi tujuan kertas ini kumpulan rekod dan
diskripsi rekod akan membincangkan lima kumpulan rekod sahaja iaitu
Setiausaha Kerajaan Selangor, Federal Secretariat, High Commissioner Office,
Malayan Union dan British Military Administration. Kumpulan ini merupakan
kumpulan rekod utama yang telah mencorakkan pemerintahan negara pada
zaman pentadbiran British di Tanah Melayu. Kesemua metadata bahan
kumpulan rekod ini telah dimasukkan dalam Sistem COMPASS
(Computerised Archival System and Services). Walaupun terdapat pelbagai
bahan lain dalam simpanan Arkib Negara Malaysia seperti bahan-bahan
semasa zaman Portugis, Belanda dan juga Jepun, namun disebabkan jumlah
bahannya yang agak sedikit ditambah dengan kekangan dari segi bahasa menjadikan bahan-bahan pada zaman tersebut kurang popular dalam kalangan
penyelidik terutama penyelidik dalam negara
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 79 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|