View Article |
Faktor-faktor Dominan yang Mempengaruhi Tahap Hafalan al-Quran di Sekolah Menengah Imtiaz, Yayasan Terengganu Besut
Mohd Firdaus Ramli1, Mohd A’ Tarahim Mohd Razali2.
Mutakhir ini, perkembangan program menghafaz al-Quran telah menjadi tarikan banyak pihak institusi pengajian. Lebih menarik apabila subjek hafalan al-Quran mula digabungkan dengan subjek akademik dan dilaksanakan di sekolah asrama penuh seperti Sekolah SM Imtiaz YT Besut, MRSM Ulul Albab, Maahad Tahfiz Sains dan sebagainya. Namun begitu timbul persoalan sejauh manakah pelajar-pelajar aliran yang menggabungkan hafazan dan akademik, ini mampu menjaga dan mengingati al-Quran. Selain faktor dorongan untuk mengejar muqarra dan pencapaian, penyelidik mendapati di sana wujud faktor-faktor dominan para pelajar ini tidak dapat menjaga dan mengingati hafalan mereka. Kertas kerja ini bertujuan mendedahkan kelemahan-kelemahan yang berlaku dalam kalangan pelajar terutama pelajar berasrama penuh dan memberi penyelesaian menanganinya. Kajian ini melibatkan gabungan antara metode kualitatif dan kuantitatif. Maklumat dan data dikumpulkan melalui kajian kepustakaan, pemerhatian ikut serta dan edaran soal selidik. Himpunan maklumat dan data-data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif, induktif, deduktif bagi mengetengahkan beberapa penyelesaian terpenting demi menjaga mutu hafalan al-Quran (rasanya buang sebab dah ada kat bawah). Hasil kajian ini juga memberi saranan agar semua pihak berwajib sama-sama menitik beratkan isu-isu berkaitan hafalan al-Quran pelajar dan berusaha menanganinya. Dengan mengetahui kelemahan-kelemahan ini secara tidak langsung dapat membaiki kelemahan yang sedia ada malah dapat menjaga mutu dan kualiti pelajar yang menghafaz al-Quran di masa hadapan.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 70 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|