Pemakanan dan implikasinya terhadap pembangunan insan: satu analisis berdasarkan Kitab Fi Zilal Al-Quran
Halipah Hamzah1, Hanani Ahmad Zubir2.
Salah satu daripada unsur utama keperluan hidup manusia adalah pemakanan.
Pemakanan berperanan penting terhadap pembangunan insan sama ada pembangunan
fizikal, spiritual, mental atau emosi. Konsep makanan dalam Islam diklasifikasikan
kepada makanan halal, makanan makruh, makanan haram dan makanan syubhah.
Amalan pemakanan halal amat ditekankan oleh Islam bertujuan untuk memastikan
fizikal dan rohani umat Islam sentiasa harmoni, suci dan dicintai Allah SWT. Berbeza
dengan amalan pemakanan haram yang banyak mengakibatkan kemudaratan kepada
pemakannya. Antaranya, makanan itu akan mempengaruhi jiwa pemakannya
sehingga dia lebih gemar melakukan maksiat dan benci akan ketaatan, mendatangkan
bahaya serta memberi kesan buruk kepada fizikal dan mental. Selain daripada itu,
amalan pemakanan secara melampaui batasan juga menyebabkan pelbagai jenis
penyakit kepada pemakannya. Perkara ini dipaparkan di dalam al-Quran dan Hadis.
Kitab Fi Zilal al-Quran merupakan salah sebuah daripada kitab-kitab tafsir di pasaran
yang banyak membantu umat Islam dalam memahami terjemahan dan tafsiran ayatayat
suci al-Quran dengan jelas dan sempurna.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 35 time(s))