View Article |
Sifat al-Qudrah, al-Iradah dan al-‘Ilm di Sisi al-Qadariyyah dan Hubungannya dengan Kebebasan Kehendak Manusia
Muhammad Khairul Ikhwan Mohamed Nasir1, Mohd Haidhar Kamarzaman2.
Aliran Al-Qadariyyah merupakan antara aliran akidah yang terawal muncul dalam sejarah Islam. Aliran ini berpegang dengan fahaman al-qadr yang menegaskan bahawa perbuatan yang dilakukan oleh manusia ditentukan mengikut kemahuannya sendiri, bukannya ditakdirkan dengan qadar Allah Taala. Al-Qadariyyah mengadakan fahamannya ini untuk mempertahankan taklif supaya setiap hamba bertanggungjawab dalam setiap perbuatannya. Bagi mengukuhkan lagi fahamannya ini, Al-Qadariyyah didapati telah memberikan pandangannya berkaitan sifat Allah al-Qudrah, al-Iradah dan al-ᶜIlm. Oleh yang demikian, objektif kajian ini ialah pertamanya untuk mengkaji pandangan Al-Qadariyyah tentang sifat al-Qudrah, al-Iradah dan al-ᶜIlm. Keduanya ialah untuk mengkaji hubungan pandangan Al-Qadariyyah tentang sifat al-Qudrah, al-Iradah dan al-ᶜIlm dalam mengukuhkan fahaman Al-Qadariyyah tentang kebebasan kehendak manusia. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis persejarahan dalam mengumpul dan menganalisis data-data yang diperolehi daripada sumber-sumber primer dan sekunder. Hasil kajian menunjukkan bahawa Al-Qadariyyah telah menafikan sifat Allah al-Qudrah, al-Iradah dan al-ᶜIlm daripada terlibat dalam urusan penciptaan dan penentuan perbuatan hamba. Penafian Al-Qadariyyah terhadap sifat-sifat Allah ini didapati mengukuhkan lagi fahaman mereka tentang kebebasan kehendak manusia. Dengan menafikan sifat-sifat Allah tersebut, setiap hamba dianggap bebas melakukan sebarang perbuatannya mengikut kemahuannya sendiri tanpa terikat dengan kuasa, kehendak dan ilmu Allah Taala. Natijahnya, setiap hamba akan dipertanggungjawabkan di atas setiap perbuatannya kerana perbuatan-perbuatannya lahir daripada diri hamba sendiri dan bukannya daripada Allah.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 58 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|