View Article |
Perkembangan Kajian Tafsir Mawdu’i di Malaysia (1990-2016)
Naimah Ruzi1, Mazlan Ibrahim2.
Tafsir mawdu’i atau tafsir tematik merupakan salah satu jenis tafsir yang terdapat dalam ilmu Al-Quran. Tafsir ini muncul dalam bentuk disiplin ilmu agak lewat berbanding penulisan ilmu jenis tafsir tahlili. Perkara ini berlaku kerana keperluan kepada penafsiran al-Quran berbentuk tematik dalam menyelesaikan isu-isu semasa yang sedang berlaku di dalam masyarakat. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji perkembangan penulisan tafsir mawdu’i di Malaysia. Oleh itu, kajian ini mempunyai dua bahagian penting. Pertama, perbincangan tentang tema pilihan dalam bidang tafsir mawdu’i sejak kemunculannya sehingga tahun 2016 di Malaysia. Kedua, makalah ini akan membentangkan bilangan kajian tafsir mawdu’i mengikut tahun sepanjang tiga dekad sehingga kini. Analisis hanya tertumpu pada tesis pelajar sarjana dan phd serta buku di dua jenis universiti awam sahaja iaitu di UKM dan UM sahaja. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan cara mengkaji dan menganalisis dokumen. Kaedah analisis yang digunakan pula ialah analisis diskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa tema popular yang menjadi subjek kajian ialah tema bahasa dan tema sosial. Selain itu, jumlah kajian tafsir jenis mawdu’i didapati semakin meningkat dari setahun ke setahun walaupun bilangannya ada turun naiknya. Keadaan ini sangat baik memandangkan kajian tafsir bentuk mawdu’i ini dapat membantu dalam menangani isu kontemporari.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 70 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|