View Article |
Pendekatan Dakwah Melalui Usrah kepada Golongan Lesbian
Nor Nazihah Awang @ Yaacob1, Razaleigh Muhamat @ Kawangit2.
Dakwah dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk dan kaedah. Dakwah yang berkesan kepada kumpulan sasaran adalah berdasarkan metode yang bersesuaian. Oleh kerana itu pendakwah seharusnya menggunakan pelbagai pendekatan dalam dakwah supaya objektif dakwah tercapai. Homoseksual yang cenderung sesama jenis menjadi fenomena yang merebak dalam kalangan masyarakat di Malaysia pada hari ini. Lesbian merujuk kepada wanita yang mempunyai daya tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya atau disebut juga perempuan homoseksual. Kesan daripada perkembangan golongan Lesbian di Malaysia menyebabkan muncul gerakan yang menuntut hak kesemarataan. Perbuatan Lesbian bukan sahaja bertentangan dengan norma masyarakat tetapi juga bertentangan dengan Islam. Oleh yang demikian pelbagai pendekatan telah digunakan oleh pelbagai pihak untuk menangani isu homoseksual ini. Di dalam artikel ini akan membincangkan tentang usrah sebagai alternatif kembali kepada agama. Melalui artikel ini juga akan menyatakan beberapa NGO yang telah menggunakan pendekatan Usrah sebagai satu wasilah dakwah untuk mendekati golongan homoseksual. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Hasil kajian mendapati terdapat dua Usrah yang dijalankan bersama golongan Lesbian iaitu Usrah Fitrah dan Usrah ‘Iqra.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 60 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|