View Article |
Kesan Permainan Video terhadap Perkembangan Kanak-Kanak
A’dawiyah Ismail1, Siti Naqiayah Mansor2.
Permainan video dalam kalangan kanak-kanak sudah sebati dalam hidup mereka serta menjadi teman setia mereka. Perkembangan video ini bertanggungjawab dalam mempengaruhi perkembangan kanak-kanak Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan permainan video terhadap perkembangan anak-anak. Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian mendapati aksi-aksi permainan video banyak yang mempunyai unsur ganas dan alam fantasi yang lebih realistik serta melalaikan mereka. Akibat terpengaruh dengan permainan video juga mendatangkan keburukkan kepada kanak-kanak dan masyarakat antaranya kanak-kanak akan menjadi agresif dengan menunjukkan tingkah laku seperti marah, memberontak, dan menjerit untuk melepaskan kemarahan apabila mereka kalah dalam bermain permainan video. Permainan video ini adalah sesuatu yang dapat menghiburkan hati kanak-kanak dalam masa yang sama ia memberi kesan negatif terhadap mereka jika mereka bermain dalam jangka masa yang panjang tanpa dipantau oleh ibu bapa. Oleh itu keluarga terutamanya ibu seharusnya memberikan perhatian dan memantau aktiviti anak-anak mereka serta meluangkan masa bersama mereka supaya masa lapang mereka di isi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 115 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|