View Article |
Analisis Aktiviti Pengajian Keagamaan di Institusi Masjid-masjid Negeri Melaka
Mohamamad Najib Md Norani1, Wahyu Hidayat Abdullah2.
Pengajaran dan pembelajaran ilmu-ilmu Islam di institusi masjid telah wujud sejak di zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat RA lagi. Di era kecemerlangan Islam, institusi masjid terus menjadi pusat pengajian ilmu-ilmu Islam dan penyebaran ilmu. Aktiviti keagamaan di institusi masjid-masjid negeri Melaka telah berkembang pesat pada hari ini sejak agama Islam bertapak lagi. Lebih (95%) institusi masjid-masjid di sini mempunyai tenaga pengajar dari kalangan guru-guru takmir yang bertauliah di samping itu juga kehadiran penceramah-penceramah dari luar negeri Melaka lebih merancakkan aktiviti keagamaan di negeri ini. Kertas kerja ini akan mengenal pasti aktiviti pengajian yang dijalankan di daerah Alor Gajah, Melaka. Dengan menggunakan analisis data kertas kerja ini turut menganalisis aktiviti pengajian yang utama telah dijalankan di institusi masjid di daerah ini. Dapat dirumuskan bahawa, pengajian keagamaan di institusi di daerah Alor Gajah dilaksanakan dengan tersusun dengan baik bagi meraikan masyarakat Islam di daerah ini.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 64 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|