View Article |
Kaedah Penyelesaian Masalah Kerohanian dalam Pendidikan Anak Menurut Abdullah Nasih Ulwan
Syamila Syamim Mohamad Yatim1, Che Zarrina Sa’ari2.
Krisis kejiwaan dan ketandusan rohani yang tidak diberi tumpuan menyebabkan anak-anak terlibat dengan pelbagai gejala yang tidak sihat. Bermulanya kelompangan elemen kerohanian dalam jiwa punca kepada segala kemelut isu sosial dalam masyarakat. Ketidakseimbangan di antara pendidikan jasmani (material) dan rohani dalam membangunkan sumber modal insan menyebabkan berlakunya ketempangan pembangunan insan yang holistik serta tahap masalah sosial yang semakin meruncing. Maka, keperluan rohani perlu dipenuhi kerana ia merupakan benteng kepada sifat-sifat mazmumah yang boleh merosakkan keimanan seseorang. Objektif kajian ini adalah untuk mengemukakan kaedah penyelesaian bagi mengendalikan masalah rohani dalam pendidikan anak menurut Abdullah Nasih Ulwan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif iaitu kajian analisis kandungan terhadap karya Abdullah Nasih Ulwan iaitu kitab Tarbiyat al-Awlad fi al-Islam dan Rūhāniyyah al-Dā’iyah. Justeru dengan kaedah tersebut dapat melahirkan anak-anak yang mempunyai rohani yang baik dan berakhlak mulia.
Affiliation:
- Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia
- Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 55 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|