View Article |
Kajian Literatur Saiz Kosa Kata Arab di Malaysia
Azlia Cahyani Ngalawi1, Hakim Zainal2.
Kosa kata memiliki kedudukan yang istimewa dalam konteks penguasaan bahasa dan merupakan aspek yang perlu diberi perhatian dan dikuasai oleh setiap pelajar sekiranya kita hendak melahirkan generasi yang berkemampuan untuk berkomunikasi secara lisan atau tulisan. Kosa kata merupakan elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak kira bahasa ibunda mahupun bahasa kedua. Banyak kaedah yang boleh digunakan dalam mengenal pasti kosa kata. Penguasaan lebih banyak jumlah kosa kata atau menguasai saiz kosa kata sesuatu bahasa dapat mengukur kecemerlangan bahasa seseorang individu. Kekurangan penguasaan kosa kata memberi impak kepada keupayaan menguasai empat kemahiran bahasa, iaitu menulis, membaca, bertutur dan mendengar. Kajian ini bertujuan membincangkan kajian-kajian lepas berkaitan saiz kosa kata Arab di Malaysia yang merangkumi kajian konsep, strategi dan penguasaan terhadap kosa kata Arab itu sendiri. Kajian ini merupakan kajian literatur melalui analisis kandungan dan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab mempunyai hubungan yang sangat signifikan dengan saiz kosa kata. Saiz kosa kata ini sangat berkait rapat dengan strategi pembelajaran bahasa dan juga terhadap kemahiran bahasa. Bagi menguasai saiz kosa kata yang banyak, pelajar perlu mempunyai strategi untuk menambahkan saiz kosa kata, seterusnya mereka akan dapat menguasai kemahiran berbahasa. Oleh itu, pembelajaran yang sistematik mengikut aturan yang ditetapkan dapat memudahkan pelajar menguasai kemahiran berbahasa..
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 63 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|