View Article |
Pujangga Melayu Karya Mohd. Affandi Hassan: Satu Perbincangan terhadap Resepsi Awal Penerbitannya sebagai Sebuah ‘Novel Tetralogi’
Akalily Narmi1, Mohd. Zariat Abdul Rani2, Kamariah Kamarudin3, Pabiyah Hajimaming @ Toklubok4.
Pujangga Melayu merupakan sebuah ‘novel tetralogi’ karya Mohd. Affandi Hassan yang menggabungkan empat buah novel yang terlebih dahulu diterbitkan secara berasingan, iaitu Jejak Warisan (1994), Citra Pujangga (1994), Tampang Sasterawan (1994) dan Wajah Pendeta (1996). Sebelum Pujangga Melayu terbit sebagai novel tetralogi, kehadiran empat buah novel yang diterbitkan secara berasingan itu telah mengundang beberapa kajian ilmiah yang meneliti novel-novel tersebut secara berasingan. Kajian-kajian ilmiah tersebut cenderung menanggapi Jejak Warisan (1994), Citra Pujangga (1994) dan Tampang Sasterawan (1994) sebagai sebuah novel ilmu yang dikatakan mengandungi idea dan pemikiran. Berdasarkan rumusan ini, perkara penting yang perlu ditekankan ialah hakikat bahawa kajian-kajian ilmiah tersebut sebenarnya meneliti novel-novel itu secara berasingan. Dengan meneliti novel-novel tersebut secara berasingan, hasil analisis serta kesimpulan yang diutarakan dalam kajian-kajian ilmiah tersebut pada asasnya adalah diasaskan pada skop cerita serta tempoh penceritaan yang terbatas, iaitu sekadar yang ditawarkan oleh novel-novel itu sendiri. Adalah jelas bahawa kajian-kajian ilmiah tersebut tidak menangani Pujangga Melayu sebagai sebuah novel tetralogi yang sebenarnya menghubungkan cerita antara keempat-empat novel dan sekali gus memperluas skop cerita serta tempoh penceritaannya. Hal ini dengan sendirinya menawarkan pengamatan yang menarik, terutamanya soal keupayaan Pujangga Melayu dalam mempertahankan kecenderungannya terhadap idea dan pemikiran, terutamanya dalam konteks kedudukannya sebagai sebuah novel tetralogi. Dalam konteks artikel ini, antara soalan penting yang wajar diberikan perhatian ialah apakah resepsi awal yang diterima oleh Pujangga Melayu setelah skop cerita serta tempoh penceritaan keempat-empat novel itu dirangkumkan di bawah sebuah judul yang sama? Lanjutan daripada persoalan tersebut, artikel ini diusahakan untuk membincangkan dan merumuskan resepsi awal terhadap novel Pujangga Melayu selepas penerbitannya sebagai sebuah novel tetralogi. Untuk itu, artikel ini akan memberikan tumpuan terhadap tiga kertas kerja yang dibentangkan dalam majlis Diskusi Buku: Pujangga Melayu oleh Mohd. Affandi Hassan. Artikel ini memilih untuk mengguna pakai kaedah Bacaan Rapi bagi menganalisis ketiga-tiga kertas kerja tersebut. Dengan itu, kajian ini merumuskan bahawa Pujangga Melayu berupaya dalam mempertahankan kecenderungannya terhadap idea dan pemikiran, terutamanya dalam konteks kedudukannya sebagai sebuah novel tetralogi.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia (UPM), Malaysia
- Universiti Putra Malaysia (UPM), Malaysia
- Universiti Putra Malaysia (UPM), Malaysia
- Universiti Putra Malaysia (UPM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 62 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|