View Article |
Toleransi Beragama dalam Filem Bajrangi Bhaijaan (2015)
Wani Syafiqah Adnan1, Indriaty Ismail2, Mazlan Ibrahim3.
Filem merupakan salah satu wasilah untuk menonjolkan toleransi beragama terhadap masyarakat majmuk di Malaysia. Toleransi agama merupakan perkara penting yang dibahaskan di peringkat global. Penyampaian melalui filem adalah sangat berkesan kepada masyarakat pada hari ini untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Filem Bajrangi Bhaijaan merupakan satu fenomena yang tercetus antara dua buah negara yang bergolak. Filem ini sebenarnya telah mengangkat toleransi beragama di mata masyarakat. Penulis telah memfokuskan filem Bajrangi Bhaijaan di dalam kajian ini. Artikel ini dilakukan adalah untuk mengkaji bentuk-bentuk toleransi agama. Kedua adalah untuk meneliti bentuk-bentuk toleransi agama di dalam filem Bajrangi Bhaijaan. Ketiga adalah untuk menganalisis bentuk-bentuk toleransi agama di dalam filem Bajrangi Bhaijaan terhadap masyarakat Islam di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah metodologi kajian kepustakaan. Maklumat diperolehi menerusi rujukan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk kajian seperti buku-buku, tesis, kertas kerja, surat khabar, artikel, internet, dan bahan-bahan lain yang sesuai dijadikan rujukan. Bahan-bahan tersebut diperolehi di Perpustakaan Tun Sri Lanang (UKM) dan Perpustakaan Fakulti Pengajian Islam (UKM). Hasil kajian akan menemukan bentuk toleransi antara filem Bajrangi Bhaijaan dan masyarakat Islam di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 71 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|