View Article |
Pengaruh Kerajaan Uthmaniyyah dalam Pentadbiran Islam di Negeri Johor pada Abad ke-19 oleh Sultan Abu Bakar (1862-1895) dan Sultan Ibrahim (1895-1959)
Ermy Azziaty Rozali1, Mohd Hafiz Othman2, Napisah Karimah Ismail3.
Sultan Abu Bakar terkenal sebagai pemerintah Melayu yang menjalankan transformasi dan pemodenan dalam pentadbirannya. Baginda juga terkenal bersahabat baik dengan British semasa memegang tampuk pemerintahan. Terdapat pengkaji menyimpulkan bahawa pentadbiran baginda dikaitkan dengan pengaruh Barat iaitu British. Namun begitu, kurang perbincangan sisi pandang dasar Islamisasi dalam pentadbiran Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim dalam pentadbiran Johor. Persoalan ini rentetan dari hubungan diplomatik Kerajaan Johor dengan Kerajaan Uthmaniyyah iaitu Khilafah Islamiyyah yang berpusat di Istanbul pada abad ke-19. Penulisan artikel ini bertujuan untuk menganalisis dasar Islamisasi yang dipengaruhi dari Kerajaan Uthmaniyyah dalam konteks pemodenan dalam pentadbiran Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim. Penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895 menetapkan bahawa negeri Johor diiktiraf sebuah negeri yang berdaulat dan bebas mengamalkan dasar-dasar Islamisasinya. Hubungan diplomatik tersebut juga mengukuhkan lagi kedudukan politik negeri Johor dari ancaman British. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian sejarah bersumberkan data-data kontemporari. Objektif penulisan ini adalah untuk memaparkan dan membuat analisis berdasarkan sumber sejarah kontemporari tentang transformasi dasar Islamisasi Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim di negeri Johor. Hasil penulisan ini mendapati Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim melaksanakan dasar Islamisasi dalam pentadbiran Kerajaan Johor rentetan hubungan diplomatiknya dengan Kerajaan Uthmaniyyah, antaranya penggunaan gelaran sultan dan penggubalan perundangan Islam.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 51 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|