View Article |
Tinjauan Literatur Peranan British Semasa Revolusi Arab (1916-1918)
Nurul Abrar Md. Isa1, Napisah Karimah Ismail2.
Pemisahan wilayah Hijaz setelah 400 tahun berada di bawah naungan Turki Uthmaniyah memberi kesan yang fundamental terhadap dunia Islam implikasi daripada Revolusi Arab yang berlaku pada tahun 1916 hingga 1918. Rata-rata penulisan yang menganalisis pemisahan Hijaz tersebut dibahas dalam rangka yang menjurus kepada konteks Perang Dunia Pertama dengan berorientasikan konflik antara British dengan Turki Uthmaniyah. Tidak banyak penulisan yang mengetengahkan peranan British dalam menjayakan Revolusi Arab khususnya yang melibatkan kelicikan kuasa tersebut di wilayah Hijaz. Justeru, makalah yang berbentuk kajian literatur ini bertujuan mencerakinkan penulisan dan sumber-sumber penting dalam mengkaji dan menganalisis peranan yang dimainkan oleh British di wilayah Hijaz sehingga berjaya mencetuskan Revolusi Arab (1916-1918). Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan elemen sejarah dengan bertunjangkan data primer dan data sekunder daripada pelbagai sumber sebagai teras kajian serta dianalisis dengan menggunakan pendekatan deskriptif dan tematik. Hasil kajian menemukan empat aspek penting yang perlu diketengahkan dalam kajian ini. Aspek yang dipecahkan secara tematik tersebut ialah kronologi Revolusi Arab, hubungan Uthmaniyah dan Hijaz semasa revolusi, hubungan British dan Syarif Husain serta strategi Penasihat British di wilayah-wilayah tertentu. Kajian membuktikan bahawa Revolusi Arab yang tercetus sehingga menyebabkan kemerdekaan wilayah Hijaz bukanlah inisiatif yang dijalankan oleh pemimpin Arab semata-mata, sebaliknya turut ditunjangi oleh pemimpin Barat terutamanya British
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 72 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|