View Article |
Sumbangan al-Nadwi Terhadap Perkembangan Sastera Islam
Mohd Shahrizal Nasir1, Kamarul Shukri Mat Teh2.
Wacana berkenaan Sastera Islam telah bermula sejak kehadiran Islam dan ia terus berkembang sehingga era kesusasteraan moden masa kini. Sastera Islam dilihat sebagai satu gagasan yang dapat memastikan karya sastera mahupun sebarang idea mengenai sastera sejajar dengan ajaran Islam. Justeru, para sarjana bidang kesusasteraan khususnya yang menyedari kepentingan Sastera Islam telah melakukan usaha-usaha memperkasakan gagasan tersebut dan antara yang terlibat ialah al-Nadwi. Makalah ini bertujuan mengupas sumbangan al-Nadwi terhadap perkembangan Sastera Islam. Sumbangan al-Nadwi yang dimaksudkan merujuk kepada usaha yang dilakukannya sama ada secara peribadi mahupun secara kolektif menerusi Liga Sastera Islam Sedunia (Rabitah al-Adab al-Islami al-‘Alamiyah). Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks melibatkan bahan-bahan penulisan merangkumi sumber primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati usaha al-Nadwi menghasilkan karya sastera khususnya melibatkan genre sastera kanak-kanak (adab al-atfal), sastera kembara (adab al-rihlat) dan autobiografi (al-sirah al-zatiyah) sebagai sumbangan besar al-Nadwi terhadap perkembangan Sastera Islam. Selain usaha beliau secara personal itu, penglibatan aktif al-Nadwi bersama para sarjana lain secara kolektif sejak sebelum penubuhan Liga Sastera Islam Sedunia sehingga kewafatannya dilihat sebagai sumbangan beliau yang terbesar dalam perkembangan gagasan Sastera Islam.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 69 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|