View Article |
Faktor Regresif dan Defensif Integriti dalam Kepimpinan Islam
Nor Shaidayani Samah1, Abd Ghafar Don2.
Kelompangan isu nilai dan kualiti dalam aspek kepimpinan negara sentiasa diperkatakan seolah-olah tanpa ada titik noktahnya walaupun Malaysia telah lebih 60 tahun mencapai kemerdekaan. Pembudayaan nilai-nilai murni dalam organisasi kepimpinan dipandang enteng walaupun pelbagai dasar dan kod etika telah diperkenalkan oleh kerajaan. Penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sikap tidak bertanggungjawab dalam kepimpinan Islam sering diperlihatkan melalui statistik yang dikeluarkan oleh agensi pengauditan dan disokong oleh media arus perdana. Berdasarkan kepada permasalahan tersebut, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti konsep integriti dalam kepimpinan Islam yang merangkumi definisi, hubungan, faktor regresif dan defensif. Metodologi kajian ini dilaksanakan secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan Systematic Literature Review (SLR) terhadap 25 artikel jurnal bermula tahun 2015 dan ke atas melalui capaian Google Scholar di bawah carian Integriti Kepimpinan Islam. Analisis bagi kajian ini menggunakan perisian ATLAS-ti, dengan menggunakan kod-kod yang dikelaskan mengikut tema-tema tertentu dan dihuraikan secara deskriptif. Kajian ini mendapati empat elemen utama yang mempengaruhi faktor regresif berkaitan integriti dalam kepimpinan Islam iaitu: sistem pentadbiran, budaya organisasi dan individu, kegagalan institusi sosial dan pemilikan media massa. Manakala pengetahuan agama, dasar kerajaan, pengurusan organisasi dan kawalan tidak formal adalah elemen utama yang mempengaruhi faktor defensif integriti dalam kepimpinan Islam. Implikasi kajian ini diharapkan, organisasi kepimpinan Islam memahami secara mendalam tentang faktor-faktor regresif dan defensif dalam amalan integriti seterusnya mengambil tindakan ke arah membudayakan nilai-nilai tersebut.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 51 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|