View Article |
Pembinaan Modul Pengajaran al-Quran (al-Alaq) dengan Menggunakan Model Instruksional ADDIE
Ahmad Tamizi Abu1, Rabiatul Adawiah Ahmad Rashid2, Salmiza Saleh3.
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan proses-proses pembinaan Modul Pengajaran al-Quran (al-Alaq) dengan menggunakan Model Instruksional ADDIE. Modul Pengajaran al-al-Quran (al-Alaq) merupakan modul pengajaran Kemahiran Asas Bacaan al-Quran untuk digunakan oleh guru-guru Pendidikan Islam bagi meningkatkan pencapaian kemahiran asas bacaan al-Quran Tahun Satu. Manakala Model Instruksional ADDIE merupakan satu model panduan reka bentuk dan pembangunan Modul al-Alaq. ADDIE merupakan satu model yang bersistematik yang dapat memandu amalan pengajaran dan pembelajaran yang terperinci untuk pembangunan, penilaian dan penyelenggaraan situasi pengajaran dan pembelajaran atau modul pengajaran bagi mencapai objektif pembelajaran yang diharapkan. ADDIE merupakan satu akronim yang dapat dirungkaikan seperti berikut Analysis (analisis), Design (reka bentuk), Development (pembangunan), Implementation (pelaksanaan) dan Evaluation (penilaian). Model ADDIE ini melibatkan proses berulang-ulang dan mempunyai perkaitan di setiap fasa-fasa yang berikutnya. Dapatan setiap fasa merupakan permulaan kepada fasa yang berikutnya. Pendekatan kajian menggunakan kualitatif dan kuantitatif bagi mereka bentuk, membangun dan menilai al-Alaq yang dihasilkan. Instrumen kajian digunakan ialah Borang Penilaian Kesahan Kandungan dan Protokol Temu Bual yang diubahsuai daripada kajian lepas. Data kualitatif dianalisis secara tematik manakala data kuantitatif dianalisis menggunakan Kaedah Content Validity Index (CVI). Dapatan kajian mendapati Modul al-Alaq yang dibangunkan mempunyai kesahan dan kebolehlaksanaan yang tinggi dan tersedia untuk diuji keberkesanannya terhadap pencapaian Kemahiran Asas Bacaan al-Quran murid-murid Tahun Satu.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysia
- Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysia
- Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 51 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|