View Article |
Ta’asub al-Madhhab dan Kesannya pada Perilaku Masyarakat Awam: Kajian Menurut Perspektif Fiqh al-Islam
Muhammad Sutrisno Syamsuir Fadhli Ananda Agussalim Taufiq Hidayat1, Mohd Afandi Awang Hamat2.
Kajian ini bertujuan untuk membahaskan tentang Ta’asub al-Madhhab dan bentuk-bentuknya, sebab-sebabnya, hukum-hukumnya, dan contoh-contoh realistik yang memberikan kesan terhadap moral dan akhlak orang awam. Kajian ini menggunakan kaedah Istiqrā’ī (penyelidikan) dalam mengumpulkan data daripada sumber yang berkaitan dengan tajuk, serta menggunakan pendekatan atau kaedah Taḥlīlī (analisis) untuk mengkaji data-data yang ada dalam pandangan hukum fiqh Islam berkaitan dengan Ta’asub Madhhab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap Ta’asub al-Madhhab berbahaya bagi orang awam yang menyebabkan banyak berlakunya perpecahan dan perselisihan di dalam masyarakat. Dalam kajian ini Ta’asub yang dipraktikkan terbahagi kepada sepuluh bentuk iaitu fanatik ʿunsurī, agama, darjah atau tingkatan, Jantina, madhhab, Parti atau Hizb, etnik, pemikiran intelektual, kelompok sukan dan hubungan saudara. sebab-sebab Ta’asub al-Madhhab adalah tidak mematuhi undang-undang Islam dan menyimpang daripadanya. Ta’asub al-Madhhab merupakan perkara yang tidak dibenarkan, sehingga Ta’asub al-Madhhab memberikan kesan yang sangat tidak baik terhadap moral dan akhlak orang awam, contohnya saling membanggakan antara imām dan madhhab masing-masing, mengkafirkan antara madhhab, mendirikan masjid-masjid kelompok sendirian, membuat riwayat-riwayat palsu dan penyimpangan berita, membakar buku-buku orang yang menyelisih madhhab, sikap berlebihan dalam memuliakan para Imām al-Madhhab.
Affiliation:
- International Islamic University , Malaysia
- International Islamic University , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 55 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|