View Article |
Persepsi Majikan Terhadap Pelajar Kolej Komuniti Jempol semasa Menjalani Latihan Industri
Mesheta Mohd Noor1, Norazah Abdullah2.
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kolaborasi dan Keusahawanan, Jabatan Pendidikan dan Kolej Komuniti. Walaubagaimanapun kajian rintis telah dijalankan ke atas 20 orang majikan dan nilai alpha cronbach’s yang diperolehi adalah 0.955. Jumlah responden adalah 99 orang pelajar latihan industri Kolej Komuniti Jempol bagi sesi Disember 2019. Data kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science Software Version 22.0 (SPSS) untuk mendapatkan min, ujian-t dan korelasi pearson. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap persepsi majikan terhadap pelajar-pelajar Kolej Komuniti Jempol bagi kesemua aspek adalah berada tahap tinggi dengan purata skor min 4.185. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan tahap kepuasan majikan terhadap pelajar-pelajar Latihan Industri Kolej Komuniti Jempol mengikut jantina dan nilai korelasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang lemah diantara persepsi majikan terhadap pelajar-pelajar berdasarkan jantina.
Affiliation:
- Kolej Komuniti, Malaysia
- Kolej Komuniti, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 57 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|