View Article |
Analisis Semantik Inkuisitif: Simbol 'Bunga' dalam Pantun Melayu
Mohammad Khairulanwar Abdul Ghani1, Noriah Mohamed2.
Pantun merupakan seni pengucapan lisan masyarakat Melayu dahulu yang dicipta dengan penuh ketertiban dan berhati-hati. Segala yang dilahirkan melalui pantun adalah berupa nasihat, dengan berbagai-bagai ragam bahasa yang tinggi dan bernilai sastera. Penggunaan pantun sebagai salah satu cara halus dan sopan dalam menyampaikan sesuatu hasrat yang terbuku di hati telah menjadikan pantun sebagai suatu bentuk bahasa yang indah dan unik. Pemilihan dan penggunaan bentuk kata dalam pantun amat berkait rapat dengan pemikiran masyarakat Melayu yang sentiasa menggunakan unsur alam sebagai perlambangan dalam memperkatakan sesuatu. Oleh itu, fokus utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis simbol ‘bunga’ yang terdapat dalam pantun kategori nasihat berdasarkan buku Kurik Kundi Merah Saga (KKMS). Kajian berbentuk kualitatif ini mengaplikasikan teori semantik dengan kaedah inkuisitif yang merupakan gabungan di antara teori relevan dengan maklumat baru budaya setempat. Gabungan Rangka Rujuk Silang (RRS) dengan maklumat budaya mendalam mampu menghasilkan penghuraian makna kiasan Melayu sehingga ke akal budi penuturnya. Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa simbol bunga dalam penciptaan pantun mendukung makna tersirat yang lazimnya berfungsi sebagai nasihat dan teguran kepada masyarakat. Simbol “bunga” bukan sahaja mempunyai pelbagai maksud yang tersendiri, namun mampu memperlihatkan daya kreativiti masyarakat Melayu mengaplikasikan konsep “bunga” dengan perilaku, benda, perkara dan peristiwa yang berlaku di sekitar kehidupan manusia.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysia
- Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 103 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|