View Article |
Penguasaan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dalam Memahami Fungsi Pola Imbuhan Bahasa Arab
Tuan Nur Afifah Tuan Omar1, Suhaila Zailani @ Ahmad2.
Penguasaan Bahasa Arab yang lemah dalam kalangan pelajar bermula dengan kurangnya penekanan beberapa tajuk penting dalam morfologi Arab. Tajuk pola imbuhan merupakan salah satu tajuk yang sangat penting dalam penguasaan morfologi Arab. Penguasaan dalam tajuk ini dapat membantu pelajar memahami dan menguasai bahasa Arab dengan lebih baik. Artikel ini bertujuan mengukur tahap penguasaan pelajar dalam memahami fungsi pola imbuhan menerusi Ujian Diagnostik Morfologi Arab (UDMA). Kajian ini merupakan kajian lapangan yang melibatkan enam buah SMKA terpilih bagi mewakili lima zon di Malaysia. Kajian melibatkan responden seramai 539 pelajar Tingkatan 5. Data utama diperoleh melalui instrumen Ujian Diagnostik Morfologi Arab. Soalan berkaitan fungsi pola imbuhan diuji di bahagian keempat dalam UDMA. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan morfologi Arab bagi majoriti pelajar di SMKA berada di tahap sederhana. Manakala bahagian keempat merupakan bahagian yang kurang dikuasai oleh pelajar. Kajian ini diharap dapat membantu para guru untuk merancang dan memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap penguasaan pelajar.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 62 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|