View Article |
Aplikasi ‘Asabiyyah Ibn Khaldun dan Mekanisme Pengukuhan Semangat Kekitaan dalam Mendidik Generasi Muda Multi Etnik Malaysia
Siti Nor Azhani Mohd Tohar1, Ros Mahwati Ahmad Zakaria2, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali3.
Ibn Khaldun dalam karangan terkemuka beliau, Muqaddimah menekankan asas penting kekuatan ‘asabiyyah sebagai penentu kepada jatuh bangun sesebuah tamadun. Karakteristik ‘asabiyyah ini berkonotasi positif dan tidak terhad sifatnya kepada semangat seketurunan sebaliknya dapat diadaptasi dalam senario masyarakat multi etnik. ‘Asabiyyah Ibn Khaldun jauh berbeza dengan definisi cauvinisme yang sering disetarakan dengan maksud ‘asabiyyah oleh pandangan umum. Makalah ini membincangkan mekanisme adaptasi ‘asabiyyah Ibn Khaldun dan beberapa mekanisme lain bagi mendidik kekuatan semangat kekitaan dalam kalangan generasi muda multi etnik di Malaysia. Perbincangan ini adalah bersandarkan kepada kajian kepustakaan yang telah dilakukan ke atas bahan-bahan ilmiah yang berkaitan. Hasil penelitian mendapati bahawa wujud isu etnisiti yang menyebabkan kepincangan kekuatan semangat kekitaan dalam kalangan generasi muda. Terdapat mekanisme untuk memperkukuh semangat kekitaan antaranya peranan para penggubal dasar, peranan institusi pengajian tinggi, keprihatinan media massa, peranan institusi kekeluargaan dan peranan generasi muda itu sendiri. Pengadaptasian ‘asabiyyah Ibn Khaldun dilihat penting dalam mendidik generasi muda pelbagai etnik memperkukuhkan semangat kekitaan melalui satu identiti sepunya yang dipegang bersama. Implikasinya, penglibatan semua pihak amat diperlukan bagi menggembleng mekanisme peneguhan semangat kekitaan bagi menangani isu kepincangan antara etnik agar kelangsungan tamadun Malaysia lebih terjamin dengan kepimpinan generasi muda.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 49 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|