View Article |
Cabaran dan Penyelesaian Dakwah di Majlis Ilmu dan Amal al-Burdah Baa al-Khalisah, Bengkalis
Affan Zahidi Azan Akbar1, Khazri Osman2.
Kajian ini meneliti cabaran dan penyelesaian daripada majlis ilmu dan amal Al-Burdah Baa Khalish sebagai salah satu media dakwah di Kabupaten Bengkalis. Kajian bertujuan untuk meneliti bentuk aktiviti penyebaran dakwah Islam dan cabaran yang dihadapi era globalisasi. Kajian kualitatif ini menggunakan metode purposive sampling, yang dibatasi kepada usaha mengungkapkan keadaan khusus pada suatu permasalahan dengan peserta kajian yang disesuaikan dengan objektif kajian supaya memberikan maklumat relevan yang berterkaitan dengan objek kajian. Dari hasil penelitian, kegiatan dakwah yang dilaksanakan oleh majlis ilmu dan amal Al-Burdah Baa Khalish ini berkembang dengan baik, dari awal mula pembentukan hingga dewasa ini. Kegiatan majlis ilmu dan amal yang diterapkan juga berkembang dengan aktiviti-aktiviti yang telah tersusun dengan baik. Adapun cabaran yang terungkap dalam kajian ini tidak merupakan cabaran yang berat. Dari temu bual mendalam diketahui bahawa cabaran dari luar majlis antara lain adalah mengenai penerimaan masyarakat terhadap kegiatan yang dilakukan, sedangkan cabaran dari dalam majlis adalah merupakan cabaran wajar dari suatu organisasi seperti tingkat kefahaman jamaah yang bermacam-macam. Dalam usaha mengatasi cabaran-cabaran yang ada di majlis ilmu dan amal Al Burdah Baa Khalish ini mempamerkan sikap istiqomah dan berserah diri kepada Allah dalam melaksanakan dakwah islam.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 61 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|