View Article |
Bagaimana Tamadun Islam Berinteraksi dengan Tamadun India?
Nor Azlina Sidek1, Roziah Sidik @ Mat Sidek2.
Tamadun Islam berinteraksi dengan pelbagai tamadun lain, termasuk tamadun Greek, tamadun Cina, tamadun Parsi dan juga tamadun India. Setiap interaksi yang berlaku antara tamadun Islam dengan pelbagai tamadun lain akan menggunakan kaedah interaksi yang tersendiri. Namun kaedah itu perlu dilihat semula selaras dengan teori yang dikemukakan oleh Kuzyk dan Yakovets berkaitan interaksi antara tamadun. Artikel ini menganalisis kaedah interaksi tersebut dan mengaitkannya dengan teori interaksi yang dibangunkan oleh Kuzyk dan Yakovets. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi kaedah analisis dokumen dan kajian sejarah. Hasil kajian mendapati bahawa interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun India berlaku menerusi empat bentuk. Pertama, ia berlaku menerusi konflik dalam bentuk ketenteraan. Kedua, ia berlaku menerusi kerjasama dalam bentuk sosio budaya. Ketiga, ia berlaku menerusi perkongsian dalam bentuk sosio budaya. Keempat, ia berlaku menerusi dialog dalam bentuk sosio budaya.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 71 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|