View Article |
Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian dan Impaknya Terhadap Guru Novis Pendidikan Islam
Fadzliyah Hashim1, Farah Farhana Rosli2, Fatahiyah Elias3, Mohd Radzi Lebai Mat4, Che Nazrah Mohd Yusof5.
Suasana norma baharu pandemik COVID’19 memperlihatkan guru-guru Pendidikan Islam mengaplikasikan pembelajaran secara dalam talian semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Aplikasi secara dalam talian ini membuka ruang kepada guru-guru pendidikan Islam menjadi lebih kreatif menghasilkan PdP dalam talian secara bermakna. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti perspektif guru novis pendidikan Islam terhadap PdP dalam talian dan impak pelaksanaannya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif, melibatkan seramai 80 responden yang terdiri daripada guru-guru novis Pendidikan Islam. Analisis secara deskriptif berkaitan perspektif guru novis Pendidikan Islam dan impak pelaksanaan PdP dalam talian, digunakan dalam kajian tinjauan ini. Dapatan data menunjukkan responden memahami konteks pelaksanaan PdP secara dalam talian dan memberi impak kepada pelaksanaan pengajaran mereka di dalam kelas. Sehubungan itu, kajian ini sedikit sebanyak memberi maklumat yang berguna berkaitan guru novis Pendidikan Islam yang sentiasa bersedia menyampaikan ilmu mengikut arus semasa. Selain itu, ia seiring dengan keperluan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkasakan PdP atas talian khususnya semasa premis sekolah yang terpaksa ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Affiliation:
- IPG Kampus Darul Aman, Kedah (Malaysia), Malaysia
- IPG Kampus Darul Aman, Kedah (Malaysia), Malaysia
- IPG Kampus Darul Aman, Kedah (Malaysia), Malaysia
- IPG Kampus Darul Aman, Kedah (Malaysia), Malaysia
- IPG Kampus Darul Aman, Kedah (Malaysia), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 83 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|