View Article |
Strategi Murajaah al-Quran bagi Huffaz di Peringkat Tertiari
Fatimah Zaharah Ismail1, Nor Hafizi Yusof2, Ahmad Farimin Ahmad Osman3, Rahimah Embong4, Najmiah Omar5, Mohamed Fathy Mohamed Abdelgelil6, Mariam Nabilah Mohd Noor7, Mohd. A'Tarahim Mohd. Razali8, Rosmalizawati Abd. Rashid9.
Pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini melahirkan ramai huffaz lepasan sekolah menengah dan akan memasuki universiti bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari. Di peringkat tertiari, mereka tidak lagi mempunyai pembimbing al-Quran serta bebas untuk menyusun aktiviti harian. Sebagai pelajar pra-siswazah, para huffaz al-Quran akan sibuk dalam hal ehwal akademik, tidak mempunyai persekitaran yang kondusif bagi pengekalan hafazan dan sering berhadapan masalah pengurusan masa. Justeru, timbul persoalan sejauh manakah huffaz di peringkat tertiari ini mampu murajaah al-Quran bagi menjaga dan mengekalkan hafazan al-Quran. Sehubungan itu, kertas kerja ini mengenal pasti isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh huffaz di peringkat tertiari serta merumuskan strategi yang perlu dimplementasi dalam usaha mereka mengekalkan hafazan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan. Kajian dibuat dengan kaedah analisis dokumen, manakala analisis data dilakukan secara bertema. Kertas kerja ini menggariskan lima isu utama yang menjadi permasalahan huffaz dalam mengekalkan hafazan al-Quran. Selain itu, kertas kerja ini turut mencadangkan enam strategi yang menjadi tonggak kepada huffaz di peringkat tertiari untuk komited melakukan murajaah al-Quran. Implikasi kajian ini memberi panduan kepada pihak berautoriti untuk merangka strategi pembelajaran yang komprehensif bagi memaksimumkan potensi huffaz di peringkat tertiari.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Multimedia (MMU), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 67 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|