View Article |
Konsep Kulliye pada Zaman Uthmaniyyah
Nur Fadillah Mohamed Fadzil1, Roziah Sidik @ Mat Sidek2.
Kulliye adalah sebuah kompleks yang berfungsi sebagai pusat keagamaan, pendidikan, sosial dan budaya bagi masyarakat setempat. Selain itu, kulliye juga berperanan dalam membentuk masyarakat yang mentauhidkan Allah dan melaksanakan syariat Islam. Kebiasaannya, kulliye ini dibina oleh Sultan, isteri-isteri Sultan atau pembesar kerajaan untuk penempatan peribadi mereka di samping berfungsi sebagai tempat kebajikan untuk masyarakat setempat. Kulliye ini berkembang maju pada zaman Uthmaniyyah. Sebuah kulliye yang lengkap dan sempurna mempunyai sebuah masjid jami’, madrasah, imaret atau dapur, hospital, sekolah untuk anak-anak (mektab), tempat mandi, air pancut dan muzium. Artikel ini mengkaji konsep kulliye yang terdapat dalam kerajaan Uthmaniyyah. Ia menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasikan metode kajian sejarah dan analisis kandungan. Data yang diperoleh pula dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati kulliye berfungsi sebagai sebuah pusat yang merangkumi komponen keagamaan, pendidikan, sosial dan komersial. Pembinaannya pula dibahagikan kepada dua jenis iaitu kulliye berbentuk perbandaran moden dan kulliye berbentuk pedalaman atau kedesaaan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 52 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|