View Article |
Tahap Pelaksanaan Aktiviti Hafazan dalam Kalangan Guru Tahfiz Sekolah Menengah
Siti Nurjanah Mastor Mustafa1, Siti Aisyah Johan2, Jimaain Safar3.
Pelaksanaan Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) menggunakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) merupakan salah satu kesinambungan daripada usaha kerajaan dalam memperkembang pendidikan tahfiz kepada murid sekolah menengah. Setelah enam tahun pelaksanaannya, terdapat beberapa permasalahan yang berbangkit antaranya amalan guru dalam pelaksanaan aktiviti hafazan masih pada tahap yang kurang memuaskan. Justeru, kajian ini bertujuan melihat tahap pelaksanaan aktiviti hafazan dalam kalangan guru tahfiz sekolah menengah. Kajian ini merupakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai metode pengumpulan data. Responden kajian ini adalah seramai 310 orang guru tahfiz sekolah menengah dari pelbagai negeri. Hasil kajian mendapati tahap pelaksanaan keseluruhan aktiviti hafazan adalah berada pada tahap tinggi dengan skor min 4.075. Namun, jika diteliti dari sudut pelaksanaan setiap aktiviti, terdapat beberapa aktiviti yang kurang diberi perhatian oleh guru. Empat aktiviti yang berada pada tahap tinggi adalah aktiviti tahriri (skor min = 4.79), aktiviti tasmik (skor min = 4.77), aktiviti hafazan baru (4.72) dan aktiviti tahdir (4.45). Bagi aktiviti yang berada pada tahap sederhana tinggi pula adalah aktiviti fiqh ayat (skor min = 3.98), aktiviti murajaah jadid (skor min = 3.78) dan aktiviti murajaah qadim (skor min = 3.15). Manakala aktiviti murajaah minggu berada pada tahap sederhana rendah dengan mencatatkan skor min = 2.96. Hasil dapatan menunjukkan aktiviti murajaah kurang dilaksanakan oleh guru tahfiz sedangkan aktiviti murajaah ini merupakan kaedah yang sangat penting bagi proses pengekalan hafazan murid. Justeru, penambahbaikan dalam pelaksanaan aktiviti hafazan perlu dititikberatkan oleh para guru agar dapat melahirkan bakal huffaz yang berkualiti.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
- SMKA Maahad Muar, Johor , Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|