View Article |
Konsep Pendidikan Akhlak dan Ciri-ciri Keistimewaanya dalam Islam
Mohd Saiful Akmal Karim1, Ahmad Sunawari Long2, Faudzinaim Badaruddin3.
Rasulullah SAW telah menetapkan antara misi utama dakwahnya adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Ini menunjukkan bahawa akhlak adalah satu perkara yang amat penting dalam Islam. Penghayatan dan pengamalan akhlak yang bertunjangkan tauhid mampu menyelamatkan manusia dari segala tindakan dan perbuatan yang mengancam kesejahteraan dan hak individu. Justeru itu sistem pendidikan yang menerapkan nilai-nilai akhlak Islam adalah satu keperluan mendesak pada masa kini bagi menyediakan individu yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi mempunyai akhlak yang mulia serta berupaya membentengi diri dari melakukan perkara-perkara yang tercela. Pendidikan akhlak yang baik akan membawa kepada kehidupan yang harmoni serta saling menjaga hak diantara mereka. Gejala keruntuhan akhlak yang berlaku pada hari ini adalah satu isu yang sangat meruncing dan perlu ditangani dengan kadar segera. Lebih membimbangkan lagi mereka yang terlibat dalam isu ini bukan sahaja dari kalangan mereka yang tercicir dalam bidang akademi malah berlaku dikalangan mereka yang berpendidikan tinggi. Apakah sistem pendidikan hari ini hanya mementingkan kecemerlangan akademik dan terpengaruh dengan sistem pendidikan sekular yang memisahkan agama dengan kehidupan. Kajian ini bertujuan memberi kefahaman dan kesedaran tentang keistimewaan pendidikan akhlak Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW dimana telah terbukti berkesan membentuk satu tamadun bangsa yang cemerlang dalam aspek duniawi dan ukhrawi. Kajian ini mengunakan kaedah kajian kepustakaan dengan menganalisis dokumen-dokumen seperti kajian-kajian lepas, jurnal, artikel dan kajian ilmiah yang berkaitan. Hasil kajian telah mendapati pendidikan akhlak Islam bersifat mutlak, bersumber al-Quran dan Sunnah serta mampu menangani isu keruntuhan moral yang berlaku pada hari ini dan bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 67 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|