View Article |
Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Asli (2000-2010) Sebagai Kegiatan Budaya dalam Kalangan Remaja
Shafa’atussara Silahudin1.
Nyanyian Melayu asli merupakan nyanyian tradisi masyarakat Melayu. Seseorang penyanyi lagu Melayu asli perlu memiliki kualiti suara yang merdu, lemah gemalai, bersifat mendamaikan dan harmoni. Nyanyian tradisi ini dilihat sebagai nyanyian sentimental yang mencerminkan kehalusan cita rasa penyanyi. Nyanyian Melayu asli disampaikan secara spontan kerana perlaguannya dilakukan secara santai. Penyanyi melantunkan suaranya dengan asyik terlahir daripada hati dan jiwa halus hingga menghasilkan melodi nyanyian yang mengesankan. Nyanyian Melayu asli menjadi kebanggaan masyarakat terutamanya golongan remaja di Malaysia. Justeru, objektif kajian ialah untuk mendeskripsi nyanyian lagu Melayu asli dengan mengimbas pertandingan-pertandingan nyanyian yang telah diadakan antara tahun 2000 hingga 2010 yang disertai oleh remaja berusia antara 15 hingga 25 tahun. Kajian ini turut melihat kepentingan pertandingan nyanyian tradisi ini kepada peserta-peserta pertandingan selain daripada menggambarkan keindahan seni Melayu menerusi nyanyian pantun sebagai liriknya. Terdapat dua kaedah utama yang digunakan. Kaedah pertama ialah pengumpulan data yang melibatkan temu bual dengan informan dan kajian pustaka. Kaedah kedua ialah analisis data. Kajian ini mengenal pasti dua perkara utama iaitu konsep nyanyian Melayu asli dan fenomena penganjuran pertandingan nyanyian Melayu asli sebagai kegiatan budaya serta kepentingannya kepada para peserta.
Affiliation:
- Leiden University, Netherlands
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 39 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|