View Article |
Kesepaduan Sosial dalam Pengajaran Mata Pelajaran Sejarah: Kesediaan Guru dan Sokongan Sekolah
Siti Aisyah Mat Saad1, Musirin Mosin2.
Kesepaduan sosial merupakan suatu fenomena sosial yang berlaku dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kesepaduan sosial berlaku dan telah diterapkan dalam pendidikan di Malaysia pada hari ini melalui falsafah pendidikan negara, penerapan nilai murni, dan dasar-dasar kerajaan yang terangkum dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Kesepaduan sosial juga telah termaktub dalam objektif DSKP mata pelajaran Sejarah yang telah digunakan oleh guru-guru sejarah pada hari ini melalui KSSR dan KSSM. Kajian ini akan menjelaskan tentang kesepaduan sosial dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah dan melihat kesediaan guru serta sokongan sekolah. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan menggunakan reka bentuk kajian kes. Pengkaji menggunakan temu bual mendalam bagi pengumpulan data kajian ini. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa kesediaan guru terhadap kesepaduan sosial dalam mata pelajaran Sejarah adalah di tahap sederhana melalui pengetahuan yang sedikit tentang penerapan kesepaduan sosial secara tidak langsung dan secara langsung. Sokongan sekolah terhadap kesepaduan sosial juga dapat dilihat melalui penganjuran program, kerja kursus yang disediakan untuk pelajar dan pelbagai lagi aktiviti yang dirancang bagi mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah serta komuniti setempat. Namun begitu, hasil kajian ini mendapati bahawa program dan aktiviti yang dijalankan adalah bermusim dan tidak berterusan serta serius dalam menekankan kesepaduan sosial dalam kalangan pelajar.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 80 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|