View Article |
Penerokaan Awal Kajian Pelaksanaan Food Bank di Negeri Kedah
Mat Rahimi Yusof1, Alif Nawi2, Mohd Yushairi Mat Yusoff3, Mohd Azrin Mohd Nasir4, Nurliyana Bukhari5, Muhammad Azwan Abd Rahman6.
Makanan merupakan sumber asasi kepada manusia untuk kekal cergas dan sihat dalam membentuk keluarga bahagia. Tanpa sumber makanan yang mencukupi sesebuah keluarga akan porak-peranda. Menyedari hakikat tersebut, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengambil inisiatif mengadakan program Food Bank bagi membantu golongan yang memerlukan. Kajian penerokaan awal berbentuk kualitatif ini adalah bertujuan untuk meninjau pelaksanaan Food Bank yang telah diimplimentasikan di negeri Kedah. Seramai tiga orang pengelola dan empat orang penerima peringkat kariah di dua daerah di negeri Kedah telah ditemubual. Hasil dapatan yang dianalisis secara tematik menggunakan Atlas.ti menunjukkan empat tema utama yang kerap ditekankan oleh pengelola dan penerima iaitu aspek pengurusan, ekonomi, pendidikan dan psikologi. Penerima berpuas hati dengan cara pihak pengelola mengendalikan program Food Bank khususnya dalam aspek pemilihan mereka yang layak dan cara pengagihan dilakukan. Majoriti penerima mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kerana bantuan Food Bank dapat meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung. Secara tidak langsung, pemberian Food Bank dapat mendidik penerima untuk menghargai bantuan yang diberikan. Hal ini sekali gus memberi kesan positif terhadap psikologi penerima tersebut. Walau bagaimanapun, para pengelola mencadangkan agar pihak LZNK dapat memantapkan lagi pengurusan Food Bank melalui pengurusan dokumentasi yang lebih sistematik, pemantauan berkala, dan peningkatan kebajikan pengelola. Kajian awal ini menunjukkan bahawa matlamat program Food Bank ini berjaya memenuhi matlamat hifz al-nafs atau menjaga nyawa dalam Maqasyid Syariah dan sejajar dengan matlamat global sifar kelaparan dalam Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals-SDGs)
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
- Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
- Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
- Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
- Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
- Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 82 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|