View Article |
Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Hafazan al-Quran dalam Program Ulul Albab Imtiaz
Wan Ahmad Zakry Wan Kamaruddin1, Firdaus Khairi Abdul Kadir2, Azman Che Mat3.
Kajian ini bertujuan menerokai amalan pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran dalam program Ulul Albab IMTIAZ. Amalan pengajaran dan pembelajaran ini terlahir daripada kaedah yang digunakan oleh guru dan pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitiatif merangkumi teknik temu bual dan analisis dokumen untuk melaksanakan pengumpulan data dan analisis. Temu bual yang dijalankan melibatkan 13 orang informan termasuk pentadbir, guru dan pelajar. Dokumen yang diteliti pula diperolehi daripada sumber bercetak dan tidak bercetak setakat yang dapat dicapai oleh pengkaji. Dapatan kajian ini mendapati lapan kaedah yang begitu signifikan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran IMTIAZ. Namun keberkesanan kaedah ini tidak diukur dengan perbandingan pencapaian pelajar yang dapat menghafaz al-Quran dalam tempoh yang ditetapkan.Kajian ini mempelopori kajian program hafazan Ulul Albab yang berorientasikan kesepaduan aliran pendidikan agama dan sains di peringkat kebangsaan.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
- UiTM Terengganu, Dungun Campus, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 63 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|