Sumbangan PIBG Terhadap Kesepaduan Sosial di Sekolah
Siti Aisyah Mat Saad1, Musirin Mosin2.
PIBG berperanan memberikan sokongan kepada pihak sekolah dalam pelbagai aspek. Ini termasuk sumbangan sukarelawan mahupun material bagi keselesaan anak mereka di sekolah. dalam konteks kajian ini PIBG tidak ketinggalan dalam memberikan sokongan terhadap kesepaduan sosial di sekolah melalui bantuan material, menghadiri program, memberikan sumbangan nasihat dan tenaga di sekolah. Kajian ini diharapkan dapat menjelaskan peranan PIBG terhadap kesepaduan sosial di sekolah melalui beberapa kaedah. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian, dan dokumentasi. Sebanyak tiga belas orang guru dan sembilan buah sekolah terlibat dalam kajian ini. Hakikatnya PIBG sangat diperlukan dalam menyokong institusi pendidikan dalam mencapai kesepaduan sosial di sekolah.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 41 time(s))