View Article |
Arabesque dalam Karya Seni Ukiran Melayu: Kesinambungan Kegemilangan Tamadun Islam
Mohd Zamri Mohamed Noor1, Ermy Azziaty Rozali2.
Penulisan ini membincangkan tentang seni ukiran corak arabesque khususnya pada karya seni ukiran Melayu serta kesinambungannya dengan kegemilangan tamadun Islam. Corak ini dikaitkan dengan bangsa Arab yang menggambarkan gaya orang-orang Arab dan ia dilihat menghiasi pelbagai medium kesenian seperti barangan kegunaan harian, perkakasan rumah, peralatan pertanian dan pertukangan serta hiasan pada bangunan dan binaan dalam alam Melayu sejak zaman berzaman. Namun, kewujudannya hanya dapat dihayati oleh segelintir ahli masyarakat dalam kalangan ahli akademik dan pencipta seni ukiran sahaja. Masyarakat umum hanya melihatnya sebagai suatu unsur legap yang dijadikan perhiasan pada bangunan, binaan dan peralatan yang mereka gunakan seharian tanpa menyedari nilai estetika reka bentuk seni ukiran yang ada padanya. Objektif penulisan ini adalah untuk mengelaskan seni ukiran corak arabesque berdasarkan motif-motif penciptaannya untuk memudahkan masyarakat umum memahami serta turut sama menghayati keindahan yang terangkum padanya. Metodologi penulisan adalah berdasarkan kepada kajian kepustakaan dengan menyaring maklumat-maklumat daripada sumber seperti buku, tesis, artikel, jurnal, laman sesawang dan lain-lain. Dapatan daripada penulisan ini membuktikan bahawa karya seni ukiran Islam corak arabesque terangkum padanya beberapa reka bentuk ukiran seperti motif geometri, motif unsur kosmos, motif jalinan tulisan kaligrafi Arab, motif tabii unsur flora serta motif tabii unsur makhluk bernyawa yang diabstrakkan berlandaskan nilai akidah, syariat dan akhlak Islam. Ia bakal membantu para penyelidik untuk mengkaji secara lebih mendalam berkaitan motif-motif yang diketengahkan dalam penulisan ini di samping mampu mencetus fenomena baru kepada masyarakat Melayu khususnya berkaitan dengan penghasilan karya seni ukiran.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 86 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|