View Article |
Kajian Terhadap Keseimbangan Kerja dan Kehidupan Kalangan Tenaga Akademik Wanita di Politeknik
Nazli Hulwany Abdullah1, Noraida Ismail2, Norhazimah Ismail3.
Keseimbangan kerja dan kehidupan adalah keadaan dimana seseorang individu mampu untuk mengatur dan membahagikan masa diantara tanggung jawab terhadap kerjaya dan tanggung jawab terhadap keluarga sehingga tidak berlakunya konflik antara kedua-duanya. Penglibatan golongan wanita yang memegang pelbagai jawatan penting terutama dalam sektor akademik untuk pembangunan modal insan memang tidak dapat dinafikan. Peranan berganda ‘dual role’ yang dibawa oleh ahli akademik wanita sebagai ibu dan wanita kerjaya menuntut komitmen yang tinggi bagi memastikan keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Faktor beban kerja adalah salah satu faktor yang boleh mempengaruhi keseimbangan kerja dan keluarga. Tekanan kerja yang dialami oleh wanita yang bekerja dalam melaksanakan tanggungjawab ini sangat besar yang boleh mempengaruhi kualiti masa bersama keluarga. Ketidakseimbangan antara kerja dan kehidupan boleh memberi pelbagai kesan yang negatif. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat kesan beban kerja dan kepuasan kerja berhubung dengan keseimbangan hidup kerja dalam kalangan tenaga akademik wanita di politeknik. Data dikumpulkan menggunakan satu set soal selidik yang dirumuskan oleh pengkaji berdasarkan sumber yang dikenal pasti dari kajian yang lepas. Seramai 162 orang responden telah dipilih sebagai sampel dalam kalangan tenaga akademik wanita di Politeknik Kota Bharu dan Politeknik Hulu Terengganu. Analisis data menunjukkan bahawa beban kerja mempunyai hubungan yang signifikan dengan keseimbangan kerja dan kehidupan tetapi secara sederhana. Manakala faktor kepuasan kerja menunjukkan hubungan yang signifikan yang tinggi mempengaruhi tenaga akademik wanita untuk terus kekal dan menyeimbangkan antara tanggung jawab terhadap kerja dan kehidupan keluarga. Kesimpulannya dapat dikatakan bahawa dalam mengenal pasti keseimbangan kehidupan kerja dalam kalangan tenaga akademik wanita di politeknik ianya lebih dipengaruhi oleh faktor kepuasan kerja berbanding faktor beban kerja. Ini bermaksud bahawa pekerja masih dapat menangani beban kerja dalam keseimbangan dalam kehidupan mereka selagi ada kepuasan kerja dalam kerjaya mereka. Pihak pengurusan juga diharap dapat memberi perhatian dan sokongan dalam isu ini agar tenaga akademik wanita dapat mengoptimumkan kemampuan diri dalam kerjaya dan juga mencapai keseimbangan dalam kehidupan berkeluarga.
Affiliation:
- Politeknik Hulu Terengganu, Malaysia
- Politeknik Kota Bharu, Malaysia
- Politeknik Kota Bharu, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 73 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|