View Article |
Konsep dan Aplikasi Hisbah Berkaitan Penguatkuasaan Undang-undang Moral Islam di Malaysia
Nur Al-Farhain Kamaruzaman1, Kamaruzaman Yusoff2.
Penguatkuasaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang terkandung di dalamnya peruntukan berkaitan kesalahan moral telah mula diterima pakai oleh hampir semua negeri bermula hujung 90-an. Walaupun usia enakmen ini sudah menjangkau lebih dua dekad, sehingga kini, penguatkuasaannya masih menerima kritikan dan tentangan dari pelbagai pihak yang mempersoalkan keabsahan pendekatan undang-undang ini dari perspektif syarak. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengkaji konsep yang menjadi teras kepada penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang ini iaitu konsep hisbah seterusnya menganalisis pelaksanaannya dalam konteks perundangan Syariah di Malaysia. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, secara dasarnya, penguatkuasaan undang-undang berkaitan moral dalam konteks Malaysia menepati konsep hisbah. Walaubagaimanapun, dari sudut pelaksanaan, terdapat beberapa masalah yang dikenal pasti dan memerlukan usaha penambahbaikan. Antaranya adalah isu ketidakseragaman peruntukan dan hukuman antara setiap negeri, bentuk hukuman yang tidak memenuhi kehendak syarak dan dakwaan pelanggaran kod etika pegawai penguatkuasa agama ketika melakukan operasi cegah maksiat. Penambahbaikan ini perlu dilakukan dengan segera dan berterusan bagi menjaga nama baik agama Islam dan institusi-institusi agama Islam di Malaysia.
Affiliation:
- University of Leeds, United Kingdom
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 40 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|